|
|
Kita tentunya dewasa dan matang bila :
Kita dapat bertenang dan bersabar seandainya
hajat Kita tidak tercapai
Kita mampu menyembunyikan perasaan Kita
yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam
kumpulan dan berlaku sebagai biasa
Kita tidak merasa iri hati bila melihat orang lain
dipuji dan disanjung
Kita dapat menghadapi kebencian orang yang
Kita benar-benar merasa tidak sewajar dengan
mereka
Kita mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun
Kita ingin mendapat perkara yang Kita fikir boleh
dapat
Kita dapat menahan rasa sakit hati dan malu
seandainya Kita tidak dapat hidup setaraf dengan
rakan sejawat Kita yang lain
Kita terus berlaku adil dan saksama walaupun
suasana sekeliling menghalang maksud Kita
Kita dapat menerima kritik atau salah faham
orang tanpa memperbesar-besarkannya
Kita memandang jauh kedepan, umpamanya
dengan sabar menangung kesusahan demi
kepentingan masa depan, tanpa merasa resah,
bimbang dan ragu.
Kita memberi persetujuan kepada pendapat-
pendapat yang Kita tidak setujui dalam
perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak
senang
Kita berbahagia bersendirian dengan mempunyai
satu kegemaran atau hobi yang benar-benar Kita
minati
Kita mengaku dengan jujur tidak tahu bila Kita
betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu
Kita menghadapi orang-orang tua atau orang-
orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa
berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif
Kita akan cuba melakukan sesuatu dengan
sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk
menunjukkan bahawa Kita dapat melakukannya
dengan lebih sempurna
Kita dapat mendahulukan kepentingan orang lain
walaupun Kita tidak merasa senang kerananya
Kita boleh berlaku wajar dan saksama terhadap
orang-orang yang tidak Kita sukai
Kita dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta
atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat
yang utama dalam hidup mereka
Sekiranya Kita wanita, Kita dapat bekerjasama
atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur
Sekiranya Kita lelaki, Kita dapat bekerjasama
atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir
bahawa Kita adalah lelaki yang jadi idaman setiap
wanita
Sekiranya Kita wanita, Kita mampu disukai
wanita-wanita lain sekurang-kurangnya
mempunyai
tiga orang sahabat wanita yang jujur
|